Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat didakwa menganggotai kumpulan Tanzim al-Qaeda Malaysia dan mempromosikan keganasan dengan niat mengancam orang awam di Syria.

Dakwaan itu dibuat oleh pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap ahli kimia itu dalam sebuah kes panjang di mahkamah.

Yazid individu pertama ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan Datuk Mohd Hanafiah Zakaria berkata Yazid dan penolong kantin Muhammad Hilmi Hasim membentuk Tanzim al-Qaeda Malaysia dan mengadakan beberapa siri usrah di rumahnya di Ampang untuk merekrut anggota baru.

Hanafiah, ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, berkata Yazid berdepan dua pertuduhan.

Dia dituduh menggalakkan keganasan melalui ideologi dengan hasrat mencederakan rakyat Syria dan mengjadi anggota Tanzim al-Qaeda Malaysia.

Yazid dan Hilmi dituduh melakukan kesalahan itu di rumah Yazid di Taman Bukit Ampang antara 1 Ogos 2012 hingga Februari 2013.

Jika sabit kesalahan bawah Seksyen 130G Kanun Keseksaan kerana menghasut keganasan, dia boleh dikenakan hukuman maksimum 30 tahun penjara.

Untuk tuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas pula, Yazid berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS