Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Umno Penang hari ini menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di tengah-tengah ketegangan melanda parti itu.

Bagaimanapun, sokongan itu tidak diberikan secara membabi buta, menurut pengerusi Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman.

“Berdasarkan amalam, prinsip dan tradisi, kami sokong kepimpinan parti tetapi ia bukan sokongan membabi buta,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat ketua-ketua bahagian di Menara Umno, Georgetown.

Katanya, walaupun terdapat perbezaan antara Umno Pulau Pinang dan kepimpinan nasional, mereka sentiasa membincangkan dan menyelesaikannya secara dalaman.

Zainal berkata, Najib ( atas ) terbuka terhadap isu dibangkitkan mereka dan cuba menyelesaikannya dengan baik.

“Beliau tidak rasa Umno Pulau Pinang di luar kawalan,” katanya.

Dalam masa yang sama Zainal juga menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menjalankan siasatan terhadap projek cetusan ilham Najib, 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Zainal berkata, pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga patut menyiasat pihak yang terlibat bagi mengenal pasti jika terdapat unsur rasuah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS