Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada pemimpin tinggi PAS di pelancaran jentera PKR

Majlis pelancaran jentera PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Bukit Mertajam malam tadi diadakan tanpa penglibatan pemimpin tertinggi PAS Pusat.

Majlis itu dihadiri kesemua pemimpin tertinggi PKR dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, namun PAS hanya diwakili Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff; Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan ADUN PAS Pulau Pinang iaitu ADUN Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man.

Ketika berucap, Mujahid berkata bahawa Timbalan Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu, tidak dapat hadir pada majlis tersebut berikutan alasan yang tidak dapat dielakkan.

"Walaupun Timbalan Presiden kita tidak dapat hadir, PAS negeri akan memberi 101 peratus sokongan kepada PKR dalam PRK Permatang Pauh. PAS komited dengan rakannya dalam pakatan pembangkang," katanya.

Antara pemimpin pakatan pembangkang yang hadir ialah Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail; Timbalan Presiden PKR Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Jentera PKR memilih slogan 'Demi Rakyat, Bantah GST Tegakkan Keadilan' bagi menghadapi kempen PRK Permatang Pauh.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei ini, penamaan calon pada 25 April manakala pengundian awal pada 3 Mei.

- Bernama

Lihat Komen
ADS