Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mendakwa, jam tangan mewah yang diperagakannya sebelum ini diperolehi semasa terlibat dalam dunia korporat.

Oleh itu, soal jam tangan mahal itu tidak sepatutnya diperbesar-besarkan, kata bekas pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd itu

"Maksud saya, kenapa perlu kita memantau (jam tangan milik ahli politik)?," soal beliau dalam satu majlis di Serdang hari ini.

"Sebelum saya menyertai politik, saya seorang ahli korporat," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenainya.

Terdahulu, Zahid awal-awal lagi sudah bertanya kepada pemberita sama ada isu mengenai jam tangannya akan dibangkitkan.

Zahid merujuk kepada dakwaan Ketua NGO antijenayah MyWatch R Sri Sanjeevan bahawa MP Bagan Datoh itu dan beberapa ahli politik ternama memiliki jam tangan mewah.

Sanjeevan mendakwa bahawa beberapa keping gambar menunjukkan Zahid memiliki jam tangan Richard Mille yang dianggarkan bernilai RM293,000 dan jam IWC, didakwa berharga RM180,000.

Ahmad Zahid tidak menafikan bahawa beliau memiliki jam tersebut, namun mendakwa isu tersebut hanya melibatkan jam jenama Casio.

Ahmad Zahid seterusnya berusaha melindungi jam yang dipakainya daripada dirakam lensa kamera.

"Saya nak tutup (jam saya)," katanya sewaktu mengambil tempat duduk dan menarik lengan kemeja menutup jam tangannya.

"Pasal Casio pun hendak kecoh," kata lagi.

Casio merupakan satu jenama jam yang dianggap bukan dari kategori mewah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS