Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: Lepas Umno gesa baru polis siasat Low?
Diterbitkan:  Apr 17, 2015 10:58 AM
Dikemaskini: 3:09 AM

MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berharap polis akan bertindak ke atas laporan polis yang dibuatnya terhadap ahli perniagaan Jho Low dan yang lain-lainnya yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selepas pemimpin Umno minggu ini turut menggesa Low disiasat.

Pemimpin Umno, termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan MP Kepala Batas, Datuk Reezal Merican Naina menggesa supaya Low disiasat selepas memanggil Umno sebagai 'pakar putar belit'.

Pua berkata sebelum itu, beliau telah membuat laporan terhadap  Low, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Halmi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 4 Mac.

Katanya, Low telah mengakui dalam media bahawa dia belum dipanggil oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Pua membuat laporan polis berhubung usaha sama 1MDB dengan firma minyak Arab PetroSaudi pada tahun 2009, di mana AS$700 juta (RM2.55 bilion) didakwa dipindahkan dari 1MDB kepada sebuah syarikat yang dikuasai Low.

Dakwaan itu dikatakan berdasarkan e-mel dalaman yang bocor, yang disiarkan oleh laman web pemberi maklumat, Sarawak Report.

PetroSaudi membuat laporan polis berhubung polis berhubung e-mel yang bocor itu, dan mendakwa semua dana yang dilaburkan oleh 1MDB dalam usaha sama itu disalurkan kepada PetroSaudi.

1MDB berkata ia telah mendapat semula semua AS$1 bilion (RM3.65 bilion) yang dilaburkan dalam usaha ini, manakala Low mendakwa dia telah menjadi mangsa pertelingkahan politik.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS