Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RUU Amerika kunci TPPA seluruh dunia
Diterbitkan:  Apr 17, 2015 12:17 PM
Dikemaskini: 4:19 AM

Anggota-anggota Parlimen kanan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis bersetuju terhadap perkataan yang akan digunakan dalam rang undang-undang yang memberikan kuasa kepada Rumah Putih hak berunding berhubung perjanjian perdagangan dengan negara-negara Pasifik.

Perjanjian itu, seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pacifik (TPPA) dilihat penting terhadap agenda anjakan strategik yang diusahakan presiden AS Barack Obama di Asia, lapor Reuters.

Rang undang-undang itu memberikan hak kepada anggota Parlimen AS menentukan objektif rundingan tetapi membataskan mereka kepada undi ya atau tidak berhubung rundingan perdagangan seperti TPPA.

Pentadbiran Obama pada 2009 mengumumkan memasuki rundingan dengan Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Menteri Ekonomi Jepun Akira Amari berkata di Tokyo satu halangan terhadap perjanjian itu sudah pun berjaya ditangani.

Lihat Komen
ADS