Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri diselar kerana 'wanita kesunyian' IS
Diterbitkan:  Apr 17, 2015 1:26 PM
Dikemaskini: 6:04 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom diselar kerana menyifatkan wanita kesunyian cenderung menjadi sasaran kumpulan militan.

Pemimpin muda Melayu DAP Syerleena ( bawah ) Abdul Rashid berkata kenyataan menteri agama itu merendahkan martabat wanita, tidak masuk akal, malah tidak memberikan penyelesaian.

“Kenyataan (yang dikeluarkan) merujuk kepada wanita secara menyeluruh, tidak praktikal dan kurang bijak serta akan mengguris perasaan ahli keluarga yang telah direkrut IS,” kata setiausaha Pemuda DAP (DAPSY) Bukit Bendera.

Semalam, Jamil berkata wanita yang kesunyian terdedah kepada pengaruh dakyah kumpulan militan seperti Negara Islam (IS) di negara ini.

Katanya, kebiasaannya wanita kesepian lebih 'rapuh' dan sebahagian besar masa mereka dihabiskan melayari Internet sehingga lewat malam menjadi sasaran godaan militan.

Lihat Komen
ADS