Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap parti itu akan berjaya membuat kejutan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei depan.

Katanya kejutan itu akan mengubah landskap politik di situ, yang menjadi kubu kuat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1982 ketika masih menjadi pemimpin Umno.

Diminta mengulas lanjut, Zahid memberitahu pemberita untuk menunggu sehingga 23 April, hari di mana Umno dijangka mengumumkan calonnya, yang juga dua hari sebelum penamaan calon.

Ditanya sama ada calon itu lelaki atau perempuan, Zahid berkata persoalan gender bukan isu.

“Lelaki atau perempuan, bagi kita sama sahaja,” katanya.

Umno dijangka berdepan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ( kanan ) yang juga isteri kepada Anwar.

Azizah menjadi anggota Parlimen Permatang Pauh daripada 1998 hingga 2008 sebelum mengosongkannya apabila Anwar kembali ke kancah politik selepas menghabiskan hukuman enam tahun penjara.

Hukuman enam tahun itu atas kesalahan salah guna kuasa, yang berkaitan dengan kes liwat terhadapnya buat kali pertama.

Kerusi itu kosong apabila keluarga Anwar gagal mendapat pengampunan diraja untuk tokoh pembangkang itu.

Anwar menjalani hukuman penjara lima tahun penjara bermula 10 Februari selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS