Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pihak berkuasa kini didakwa 'memberi perhatian' kepada pemilik Edge Media Group Tong Kooi Ong susulan penangkapan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu Ho Kay Tat bulan lalu.

Ho, CEO The Malaysian Insider (TMI) Jahabar Sadiq dan tiga pengarang kanannya sebelum ini ditahan polis kerana laporan TMI berkaitan Majlis Raja-raja Melayu dan hudud.

Malaysiakini difahamkan bahawa Tong kini disiasat oleh Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) berkaitan kemungkinan berlakunya kesalahan berkaitan percukaian.

Sumber yang mengetahui perkara itu mendakwa LHDN telah membuat serbuan tetapi tidak menyatakan tempat sebenarnya.

Sumber juga mendakwa siasatan itu mungkin juga “bermotifkan politik” kerana The Edge dan TMI menyiarkan siri tulisan yang memberikan kesan buruk kepada syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketika dihubungi, seorang jurucakap LHDN enggan mengulas perkara itu atas alasan tidak dibenar membincangkan kes yang sedang disiasat.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS