Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Persatuan bola sepak negeri melihat kejatuhan berterusan kedudukan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa berpunca daripada kegagalan bakat muda diasah daripada kecil.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur Nokman Mustafa ( bawah ) berkata pelajar daripada di sekolah rendah lagi patut didedahkan kepada corak corak permainan dan kaedah teknikal betul sejak awal.

“Soal rangking ini susah nak cakap, susah juga nak dapat pemain yang baik pada waktu ini kerana kita mesti ajar mereka dari kecil. Masa darjah satu atau sebelum masuk sekolah lagi.

“Bila kanak-kanak sudah tahu mengenai bola sepak, dari situ kita ajar mereka cara teknikal kerana kanak-kanak ini suka main bola…

“Tapi mereka tidak tahu cara bermain dengan betul susahlah,” katanya kepada Malaysiakini selepas merasmikan Kelab Bola Sepak Jaringan Melayu Malaysia (JMM FC).

Katanya lagi, apabila kanak-kanak tersebut tidak diasah dengan betul, pasukan kebangsaan tiada pelapis di peringkat akar umbi.

Rangking bola sepak skuad kebangsaan kini jatuh di kedudukan 164 sebaris dengan beberapa pasukan seperti Bhutan (163), Grenada (165), Puerto Rico (166) selain Hong Kong dan Bangladesh yang berkongsi kedudukan ke-167 dunia.

Nokman juga berkata kecenderungan ibu bapa yang melihat karier sebagai pemain bola sepak sebagai “kotor dan lasak” juga menyumbang ke arah kejatuhan ranking negara.

“Persekitaran kita lain, tak suka keadaan kotor, lebih baik main badminton atau squash dari bola sepak (kerana) bola sepak main di padang, lasak, baju kotor,seluar kotor. Jadi persepsi kena tukar,” katanya.

Lihat Komen
ADS