Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga maut, 4 cedera nahas di Sg Buloh
Diterbitkan:  Apr 18, 2015 9:14 AM
Dikemaskini: 1:49 AM

Tiga maut manakala empat lagi cedera apabila kereta yang mereka dinaiki bertembung di Jalan Kampung Merbau Sempak di Sungai Buloh, dekat ibunegara malam tadi.

Kejadian pukul 9.50 malam itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki empat penumpang dewasa dan lima kanak-kanak manakala kereta Proton Waja dinaiki dua penumpang dewasa dan dua kanak-kanak

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Mohamed Sabri A Shamsideen berkata dua mangsa maut adalah daripada kerta Perodua Myvi manakala seorang lagi daripada kereta Proton Waja.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa berusia antara 27 dan 69 tahun itu, meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke hospital berkenaan untuk bedah siasat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS