Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wahid: Langkah segera 1MDB pastikan IPO Edra Energy
Diterbitkan:  Apr 18, 2015 8:46 PM
Dikemaskini: 12:52 PM

1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini memberi tumpuan kepada usaha untuk menyelesaikan isu-isu semasa dan melaksanakan kajian strategik seperti yang digariskan oleh pengurusan dan lembaga pengarah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

   

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan supaya audit dilaksanakan oleh Ketua Audit Negara dan laporan itu dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

  

"Kita akan melakukan audit bagi transaksi yang lepas. Namun, apa yang penting ialah keperluan untuk menjadi konstruktif, dan menumpukan usaha dalam

menyelesaikan isu-isu semasa, di samping melihat untuk melaksanakan kajian strategik," katanya kepada peserta pada sesi soal jawab di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein, pada hari Khamis di Kelana Jaya, Selangor.

   

Mengenai penubuhan 1MDB, Wahid berkata syarikat pembangunan strategik itu, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan dengan modal berbayar sebanyak RM1 juta.

   

Modal permulaan adalah untuk menerbitkan bon jangka panjang dan disokong oleh jaminan kerajaan yang boleh membantu mengurangkan kos dana.

   

"Diharapkan wang itu boleh dilaburkan ke dalam projek-projek yang menjana pulangan yang tinggi. Jadi, terdapat struktur modal 1MDB," katanya.

   

Beliau berkata selama ini, 1MDB telah berkembang dengan cara pinjaman daripada bank-bank atau pasaran modal, dan telah membeli banyak aset, termasuk beberapa Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), dengan itu, menolak paras hutang kepada RM42 bilion sehingga pada 31 Mac 2014.

   

"Beban membayar balik hutang yang tinggi adalah sangat (berat) dan sukar.Jadi, sehingga dan melainkan jika asetnya dapat menjana aliran tunai (mencukupi), ia tidak akan berterusan.

   

"Perkara ini disedari pengurusan dan Lembaga 1MDB. Oleh itu, mereka telah menjalankan kajian semula strategik model perniagaan syarikat dan struktur modal dan memutuskan kepada tiga perkara.

   

"Ia termasuk, keputusan untuk tidak menanggung apa-apa hutang atau pinjaman baru, melainkan jika ia untuk memenuhi obligasi hutang semasa atau untuk pembiayaan semula.

"Mereka juga telah bersetuju untuk tidak melaksanakan apa-apa projek baru dan menumpukan usaha dalam melaksanakan pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia. Ini adalah projek-projek bernilai tinggi," katanya.

   

Beliau berpendapat bahawa langkah segera 1MDB adalah untuk memastikan Tawaran Awam Permulaan (IPO) Edra Energy dilaksanakan.

"IPO Edra ini akan memberi manfaat kepada 1MDB dengan dua cara, di mana, hasil boleh digunakan untuk mengurangkan hutang dan jika pegangan saham boleh dikurangkan kepada di bawah 50 peratus, semua hutang di peringkat subsidiari boleh diasingkan," kata Wahid.

   

Ini, katanya, akan membantu mengurangkan nisbah hutang keseluruhan syarikat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS