Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gadis maut kereta langgar tiang telefon
Diterbitkan:  Apr 19, 2015 10:40 AM
Dikemaskini: 9:38 AM

Seorang gadis maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang telefon di Jalan Leila dekat Sandakan, awal pagi tadi.

    

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata dalam kejadian 1.45 pagi itu, mangsa Jucelindah Robert, 20, dari Kampung Kuala Sapi Beluran mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

    

Katanya ketika kejadian mangsa memandu keretanya dari arah Bandar Leila menghala Bandar Sandakan.

    

Apabila tiba di tempat kejadian, kereta berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar sebatang tiang telefon lalu berpusing dan terbalik, katanya ketika dihubungi Bernama.

    

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

    

Katanya punca kejadian masih dalam siasatan dan saksi diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

    

-Bernama

Lihat Komen
ADS