Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: 1Malaysia 'tiru' idea DAP
Diterbitkan:  Apr 20, 2015 12:15 PM
Dikemaskini: 4:17 AM

Dr Mahathir Mohamad hari mendakwa 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung meniru slogan Malaysian Malaysia DAP.

Mahathir berkata, slogan 1Malaysia diperkenal untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina dan India selepas diberitahu bahawa golongan itu menolak Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana Dasar Ekonomi Baru.

“Untuk memenangi kembali sokongan mereka Najib perlu ketepikan tindakan afirmatif dan harus dilihat lebih menyokong Cina dan India.

“Dia kurangkan tempat Bumiputera di universiti kerajaan walaupun angkanya di universiti swasta dan kolej berkembar, bumiputera kurang daripada 10 peratus.

“Kontraktor bumiputera dan perniagaan kecil tidak lagi digemari kerajaan. Banyak terpaksa gulung tikar.

“Tanpa banyak kata-kata, dia ambil slogan pembangkang Malaysian Malaysia, tetapi hanya gelarkannya 1Malaysia,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS