Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kesahan Bafia berdasar perlembagaan dicabar
Diterbitkan:  Apr 20, 2015 1:28 PM
Dikemaskini: 6:06 AM

Pemimpin PKR Rafizi Ramli dan bekas pegawai bank Johari Mohamad memfailkan permohonan kepada Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk merujuk tiga soalan perlembagaan kepada mahkamah tinggi.

Permohonan itu difailkan oleh tetuan Daim and Gamany. Peguamnya N Surendran turut hadir.

Rafizi dan Johari berhujah bahawa pertuduhan bawah akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), bertentangan dengan perlembagaan kerana seksyen berkaitan dimansuhkan dua tahun lalu.

Surendran berkata ia melanggar perlembagaan kerana pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan niat dalam kes itu, seperti dalam Akta Hasutan 1948 yang kontroversi.

Peguam juga berkata Seksyen 87(2) Bafia menjebakkan suspek kepada kesalahan kerana harus menjawab semua soalan diajukan padanya.

Justeru, kata Surendran yang juga anggota Parlimen Padang Serai, pertuduhan terhadap anak guamnya bertentangan dengan perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, berkaitan dengan kebebasan individu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS