Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jangan biar isu salib jadi macam kes Bible'
Diterbitkan:  Apr 20, 2015 2:28 PM
Dikemaskini: 9:35 AM

Pemuda Gerakan hari ini menggesa Menteri Besar Selangor Azmin Ali menyelesaikan isu bantahan terhadap lambang salib di sebuah gereja di Petaling Jaya.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata kerajaan negeri harus menegakkan kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

“Azmin harus selesaikan isu ini tanpa berlengah lagi.

“Jangan biar perkara ini jadi satu lagi insiden panjang seperti kes rampasan Bible BSM oleh agensi kerajaan negeri tahun lalu,” kata Tan.

Ditanya berhubung langkah yang perlu diambil oleh kerajaan negeri, Tan berkata exco Selangor patut arahkan salib itu diganti.

“Mungkin mereka patut dapatkan majlis tempatan untuk bantu mereka.

“Saya rasa Azmin tahu hendak buat apa untuk selesaikan itu itu,” katanya. [Baca berita asal]

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata tuntutan pihak yang membantah boleh ditangani melalui perundangan dan semangat Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan jika semua pihak mula mempertikaikan simbol agama masing-masing akan memusnahkan sikap toleran dan hormat menghormati antara agama.

"Saya yakin isu simbol salib di rumah kedai Kampung Medan perlu dilihat sama ada tindakan itu bercanggah atau tidak dengan peruntukan undang-undang kecil perbandaran.

"Jika ada kesalahan maka ia adalah isu undang-undang dan jika tidak ada kesalahan maka asas kebebasan beragama perlu dipertahankan," katanya.

Katanya lagi, beliau khuatir isu itu akan terus dieksploitasi oleh kelompok sempit agama dan rasis yang mahu merosakkan hubungan damai antara agama di negara ini.

Lihat Komen
ADS