Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM lancar saluran aduan baru
Diterbitkan:  Apr 20, 2015 10:33 PM
Dikemaskini: 2:43 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan Saluran Aduan Integriti bagi memudahkan orang ramai membuat aduan berkenaan integriti penjawat awam.

Menurut kenyataan SPRM, pelancaran platform baharu itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) oleh agensi kerajaan negeri Selangor.

Pejabat Setiausaha Kerjaan Negeri Selangor dan lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu memeterai CIP bersama SPRM.

PBT yang menyertai CIP ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Klang, Ampang Jaya, Subang Jaya, Selayang, Kajang dan Sepang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS