Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Gambaran tentang Jesus dalam literatur Islam, ternyata cukup banyak malah muncul pendebatan sulit dalam wacana antara Islam dan Kristian di peringkat akademik mahupun awam.

Pengulangan kembali polemik dalam konteks teologi Kristian dan Islam menimbulkan kesedaran kepada dua tradisi besar ini bahawa persoalan ini harus dihuraikan dalam konteks dialog dengan agama-agama di dunia.

Mengenai kembali polemik ini, penjelasan kontekstual dari Syed Hossein Nasr dalam "Jesus Through the Eyes of Islam" bahawa kegiatan berabad misionari yang berlangsung di wilayah dunia Islam telah menimbulkan keengganan di kalangan beberapa Muslim bahkan dari kalangan modenis untuk mengusahakan pendamaian.

Pergolakan yang terjadi dua tradisi ini, muncul beberapa usaha pendamaian sarjana dalam memajukan dialog. Pendamaian dialog muncul bagaimana sebahagian usaha akademik dan penemuan ulang kembali tradisi.

Usaha ini dapat dilihat mendekati ajaran agama–agama yang lain sehingga berkembang didalam dunia moden kini.

Jesus dalam polemik Muslim awal

Tarif Khalidi antara sarjana Islam yang mengambil pendekatan wacana ulang tradisi dialog Jesus seperti usahanya dalam karya The Muslim Jesus .

Dalam tulisannya "The Role of Jesus in Intra-Muslim Polemics of the First Islamic Centuries", beliau cuba menekankan fakta bahawa adat dan pengetahuan orang Islam tentang Jesus dalam pelbagai hal mendahului hadis yang menyinggung Jesus.

Seperti diungkapkannya, adat dan pengetahuan orang Islam tentang Jesus telah dikumpulkan oleh banyak sarjana pada abad ini tetapi usaha penelitian sejarah asal usul masih lagi berkurang.

Tambahannya lagi, kehidupan kesolehan Muslim awal pada dua abad pertama hijriyah banyak dipengaruhi oleh sastera-sastera Jesus dalam usaha memahami dialog antara Muslim dan Kristian.

Rujukan Muslim awal masa itu bukan sahaja ditumpukan kepada Al-Quran, hadis mahupun kisah para nabi, malah penceritaan kisah Jesus melalui sumber Kristian juga merupakan sumbangan penting dalam peradaban dunia Islam.

Bahkan Tafsir Al-Quran ketika itu bukan sahaja menjadikan sumber hadis semata-mata, malah sumber teks daripada pengucapan Jesus juga menjadi sebahagian rujukan penting.

Antara usaha terpenting yang dilakukan sarjana seperti Tarif Khalidi dalam bukunya "The Muslim Jesus", menghimpunkan secara ilmiah dialog Jesus yang banyak dipinggirkan sebahagian wacana literatur Muslim kini.

Sastera tradisi Kristian yang telah disusun sarjana Muslim, memperlihatkan watak Jesus adalah sebaik watak dalam memberi pengajaran dan pedoman peradaban teks Muslim. Hal-hal keimanan dan kezuhudan menjadi simbolik akan sisi-sisi kebaikan wacana dialog ketika itu.

Perbezaan teologi merupakan wacana terpenting yang memisahkan antara dua tradisi ini, namun usaha sisi kebaikkan itu ada didalam teks-teks tradisi sama ada dalam sumber Kristian mahupun Islam.

Dialog Jesus dalam literatur Islam

Antara rujukan terpenting yang disandarkan Jesus adalah seperti 'Kitab al-Zuhd' oleh Imam Ahmad ibn Hanbal. Kitab 'Qishash al-Anbiya' oleh Abu Ishaq Ahmad ibn Muhammad al-Tsa’labi adalah yang menghimpunkan bahagian tentang Jesus dan dapat dilihat mudah melalui terjemahan Arthur Jeffery, A Reader in Islam.

Perlu dilihat bahawa, pengaruh rujukan sebegini merupakan peranan penting dalam membentuk gambaran Jesus di kalangan orang Islam. Kitab 'Qishash' adalah karya yang berkembang bertahun-tahun membentuk wacana pengadilan kepada Jesus setelah terjadi gambaran Muslim tentang melawan orang Kristian. Kitab'Qishash' contoh kisah Jesus dalam tradisi Muslim.

Pastinya banyak nasihat Jesus yang kita temui dalam literatur tradisi Islam. Berdasarkan kajian-kajian sastera klasik Muslim, Jesus dilihat di antara nabi-nabi yang pantas memberi teladan.

Perjuangan Jesus dalam pertarungan hawa nafsu memberi kesan kepada pembentukan Kristian awal. Seperti contoh teks yang terdapat dalam 'Kitab al-Zuhd'.

Jesus berkata: "Mendapat Rahmatlah orang yang beriman dan kemudian dia dirahmati, kerana Tuhan sentiasa melindungi anak cucunya setelah ia meninggal"

Jesus berkata: "Jika di antara kamu memberikan sedekah dengan tangan kanan, hendaklah dia menyembunyikannya dri tangan kiri. Jika berdoa, hendaklah dia menutupkan kain pintunya kerana Tuhan membahagi-bahagikan pertolongan-Nya sebagaimana dia membahagikan secara adil makanan-Nya".

Jesus berkata: "Mengapa aku tidak melihat pengabdian terbaik dalam dirimu? Mereka menjawab: "Apakah pengabdian terbaik itu, wahai roh Tuhan?" Dia berkata: "Rendah hati dihadapan Tuhan".

Jesus berkata: "Dosa paling besar adalah cinta dunia, perempuan adalah tali-tali syaitan, anggur merupakan kunci segala kejahatan".

Sebagai seorang nabi Muslim, Jesus boleh digunakan untuk menyuarakan pencelaan terhadap tradisi minum minuman keras.

Secara fundamental, Al-Quran menolak konsep teologi salib, tetapi peranan Jesus seperti yang diungkapkan Al-Quran, menggambarkan Jesus sebagai seorang nabi iaitu membimbing manusia menuju Allah.

Louay Fatoohi dalam The Mystery of Historical Jesus menyebut peranan Nabi didalam Quran memiliki banyak keserupaan dengan injil-injil.

Ucapan-ucapan Jesus ini, seperti dalam sastera awal Islam, sumbangannya penting dalam perkembangan teolog Muslim dalam dialog Kristen-Muslim awal.


MOHD SYAZREEN ABDULLAH felo di Lingkaran Islam Tradisional (LIT).

Bahagian 2: Menuju dialog Muslim-Kristian yang realistik

Lihat Komen
ADS