Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Vell Paari: Tukar 'simpang empat' jadi bulatan
Diterbitkan:  Apr 21, 2015 1:57 PM
Dikemaskini: 1:03 PM

Bekas pengarah strategi MIC Datuk Seri S Vell Paari mencadangkan supaya semua 'simpang empat' ditukar kepada bulatan jalan.

Ia susulan tindakan sekumpulan peserta berdemonstrasi agar salib pada sebuah gereja di Taman Medan diturunkan. 

Bingung dengan tindakan kumpulan itu, beliau berkata Kementerian Kerja Raya perlu mengambil tindakan serta merta ekoran peserta mendakwa salib boleh mengguris perasaan dan mempengaruhi anak muda Islam.

Vell Paari juga berkata, peserta protes antisalib itu sepatutnya menuntut supaya sekolah tidak lagi mengajar Matematik yang mempunyai simbol "+" memandangkan ia kelihatan sama seperti salib.

"Anak-anak mereka hanya perlu diajar tentang tolak, darab dan bahagi. Melainkan kita dapat menggantikan simbol tambah itu dengan benda lain.

"Malah, mereka juga sepatutnya perlu mengelak daripada menggunakan huruf "t" kecil dan hanya guna huruf 'T" besar kerana "t" kecil juga menyerupai salib," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Vell Paari menjelaskan beliau tidak berniat untuk mengejek orang Islam tetapi hanya mempertikaikan mereka yang berfikiran sempit dan mentaliti terkepung.

"Saya percaya, kebanyakan orang Islam tidak berkongsi pandangan yang sama (dengan pihak yang membuat protes) dan iman mereka juga tidak terancam dengan kehadiran simbol agama lain semata-mata.

"Terdapat satu pepatah dalam bahasa Tamil, jika diterjemah bermaksud 'seseorang yang takut, nampak hantu di setiap penjuru yang gelap.' Ini adalah mentaliti bagi orang tersebut," katanya lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS