Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bomba tangkap buaya tembaga seberat 400kg
Diterbitkan:  Apr 21, 2015 4:11 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

Penduduk di kampung Olak Lempit, Banting dekat Shah Alam gempar apabila menemui seekor buaya tembaga seberat 400kg yang dipercayai tersesat di kawasan perkampungan itu, malam tadi.

    

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting Mohd Jaslizad Jalil ketika dihubungi berkata buaya terbabit ditemui penduduk kampung kira-kira 9.30 malam yang kemudian memaklumkan penemuan itu kepada bomba.

    

"Kami mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menangkap buaya sepanjang 3.9 meter dan seberat kira-kira 400kg itu.

    

"Semasa cuba ditangkap buaya itu agak agresif. Bagaimanapun ia dapat ditangkap dengan selamat tanpa berlaku sebarang kecederaan terhadap anggota bomba dan buaya berkenaan," katanya.

    

Beliau berkata kes penemuan buaya itu merupakan yang pertama bagi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Kuala Langat dan setakat ini tiada laporan kes kecederaan yang membabitkan buaya diterima.

    

Katanya buaya itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan Paya Indah Wetlands untuk tindakan susulan.

    

-Bernama

Lihat Komen
ADS