Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua lagi ditahan kes pukul junior
Diterbitkan:  Apr 21, 2015 6:22 PM
Dikemaskini: 10:24 AM
Dua lagi pelajar tingkatan lima  ditahan bagi membantu siasatan berhubung laporan kes pukul seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Pendang pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad berkata dua pelajar terbabit tidak dapat ditahan sebelum ini kerana pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani selepas digantung daripada asrama sekolah.

"Kedua-dua pelajar itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang pada 5.15 petang semalam. Ia menjadikan keseluruhan pelajar yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu seramai 15 orang,"  katanya ketika dihubungi Bernama .

Tambahnya, siasatan masih dijalankan ke atas semua pelajar itu dan keputusan sama ada mereka akan dibebaskan atas jaminan atau direman masih belum dapat ditentukan lagi.

Dalam kejadian Sabtu lepas, Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra, Gurun mendakwa dia dipukul oleh kira-kira 30 pelajar senior di sekolah itu dari 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik asrama pelajar senior.

- Bernama

Lihat Komen
ADS