Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM tegur penunjuk perasaan Taman Medan
Diterbitkan:  Apr 21, 2015 7:21 PM
Dikemaskini: 1:12 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang mengadakan bantahan berhampiran sebuah gereja di Taman Medan.

Menurut Najib, jika kumpulan tersebut didapati bersalah, tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan 1948.

"Polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang telah mengadakan bantahan di Taman Medan. Jika mereka didapati melanggar undang-undang, tindakan boleh ambil di bawah Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada.

 

"Akta Hasutan bertujuan menjamin keamanan dan keharmonian kaum di negara ini dan ianya melindungi semua agama dan kaum," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Dalam kenyataan sama, Najib berkata, rakyat mestilah sentiasa mematuhi undang-undang negara dan menghormati amalan beragama seperti termaktub dalam perlembagaan.

Selain itu, katanya, rakyat juga perlu mengamalkan sikap toleransi serta saling hormat-menghormati antara agama.

"Mereka (penunjuk perasaan) sepatutnya berbincang dengan pihak yang berkenaan jika mempunyai sebarang bantahan dan tidak mengambil tindakan yang boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini," katanya.

Najib memberitahu, bantahan penduduk di Taman Medan itu dibincangan kabinet hari ini.

Mengenai premis yang dijadikan gereja itu, Najib berkata, ia terletak di bawah kuasa kerajaan Selangor kerana lokasinya di wilayah negeri itu.

Lihat Komen
ADS