Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan permohonan guru tadika M Indira Ghandi memaksa polis melaksanakan perintah mahkamah bagi mendapatkan semula anak daripada bekas suaminya.

Mahkamah menolak permohonan bekas suami Indira, K Pathmanathan @ Ridhuan Abdullah untuk memberikan hujah kerana dia belu lagi menyerahkan kanak-kanak terbabit Prasana DIksa, sejak 2009.

Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ah‎mad Makinuddin mengetuai lima hakim mendengar permohonan itu.

Hakim lain ialah Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ahmad Ma'arop dan Datuk Zaharah Ibrahim.

Tahun lalu Mahkamah Rayuan memutuskan Ketua Polis Negara dan polis tidak boleh dipaksa melaksanakan perintah mahkamah bagi mendapatkan anak Indira.

Indira diwaikili peguam Aston Paiva dan M Kulasegaran, manakala peguam kanan persekutuan Suzana Atan mewakili polis.

Peguam Anas Fauzi pula bertindak mewakili Ridhuan.

[Baca berta asal]

Lihat Komen
ADS