Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

DAP memberi amaran kepada rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat agar tidak memandang mudah pengundi Cina di Permatang Pauh, dengan mengingatkan BN bersungguh-sungguh "memain isu hudud" bagi menakutkan komuniti itu.

Penyelaras DAP untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh Steven Sim berkata sokongan pengundi Cina kepada Pakatan pada pilihan raya umum 2013 cukup kuat, iaitu 22.9 peratus, manakala Melayu 70.4 peratus, India 6.3 peratus dan lain-lain 0.4 peratus.

Bagaimanapun, kata Sim, Pakatan tidak boleh memgambil mudah perkara itu disebabkan kesugguhan BN menakut-nakutkan pengundi Cina dalam isu hudud.

Kenyataan Sim itu merujuk kepada keputusan PAS berkeras untuk membentangkan rang undang-undang persendirian meminda Kanun Jenayah Syariah Kelantan di parlimen dalam sidang akan datang.

Kedegilan PAS itu mendorong DAP memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. PKR, juga memutskan tidak menyokong rang undang-undang itu kerana tidak dibincangkan dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS