Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda Umno protes forum GST 'perkauman'
Diterbitkan:  Apr 23, 2015 9:51 AM
Dikemaskini: 4:33 AM

Pemuda Umno akan berhimpun membantah forum yang menampilkan wakil rakyat DAP di Kluang malam ini, kerana mendakwa ia berbaur "perkauman".

 

Forum tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan mengenai politik perkauman itu, akan menampilkan empat penceramah DAP, termasuk ADUN Senai Wong Shu Qi dan ADUN Mengkibol, Tan Hong Ping.

 

Ketua Pemuda Umno Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata pergerakan itu mahu DAP menarik balik rancangannya untuk mengadakan sebarang perbincangan yang berbaur perkauman.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Khairul Anwar berkata jika mereka mahu membincangkan tentang GST, ia boleh diteruskan tetapi jangan mengaitkannya dengan soal perkauman.

Perbezaan pandangan politik, tegasnya, tidak bermakna sentimen perkauman boleh dimainkan kerana ia akan mengganggu keharmonian.

 

Ini selepas penganjur, kumpulan belia LayPark @ Kluang, mengadu menerima ancaman dari pihak yang tidak dikenali yang berkata mereka akan "buat kecoh" di forum itu jika ia tidak dibatalkan.

 

Bagaimanapun, Khairul Anwar berkata beliau akan hadir di demonstrasi itu bagi memastikan keadaan terkawal.

 

Menurut wakil LayPark @ Kluang, Sheikh Omar Ali, kumpulan itu tidak ada kaitan dengan DAP.

 

"(LayPark @ Kluang) adalah inisiatif beliau  [...] ia tiada kaitan dengan DAP," katanya ketika dihubungi.

 

Sheikh Omar adalah ahli Pemuda DAP Johor dan pembantu kepada MP DAP Kluang, Liew Chin Tong.

Mengenai dakwaan bahawa forum itu bersifat perkauman, Sheikh Omar meminta pihak Umno menjelaskan apa sebenarnya yang menyinggung mereka.

 

"Adakah ia bersifat perkauman kerana tajuknya? (Jika demikian) jika saya katakan 'roti canai', itu juga bersifat perkauman, kerana 'roti canai' (boleh didapati) di gerai 'mamak' dan gerai orang India.

 

"Jika saya kata 'babi', adakah ia akan jadi perkauman kerana orang Cina memakannya?" soal beliau.

 

Katanya, kumpulan itu akan meneruskan forum tersebut di sebuah restoran pada malam ini, dan tidak akan mengupah anggota keselamatan jika ada gangguan.

 

Sheikh Omar sebelum itu menerima mesej ancaman terhadap forum tersebut melalui aplikasi WhatsApp.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS