Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemain gitar utama Guns 'N' Roses, Ron 'Bumblefoot' Thal akan membuat persembahan di Pustaka Negeri malam ini.

Kedatangan beliau ke negeri ini adalah hasil kerjasama Pustaka Negeri Sarawak dan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Yang akan turut membuat persembahan bersama beliau ialah artis sape tempatan Jerry Kamit (Tuku Kame).

Bumblefoot tiba di Kuching semalam dan turut mengadakan bengkel bermain gitar.

“Saya sangat gembira berada di Kuching.

“Orangnya baik dan peramah dan sudah tentu saya akan kembali lagi ke sini," katanya kepada peserta bengkel tersebut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS