Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia mahu jambatan 'lurus' ganti Tambak Johor
Diterbitkan:  Apr 24, 2015 11:59 AM
Dikemaskini: 7:45 AM

Malaysia sedang melihat kemungkinan menggantikan Tambak Johor dengan jambatan 'lurus', kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Bercakap kepada pemberita di Singapura, beliau berkata pemimpin Malaysia dan Singapura akan membincangkan isu itu dalam pertemuan sepuluh hari lagi.

“Sebelum kita bercakap tentang sistem transit antara Johor dan Singapura serta landasan laju kereta api, saya rasa kita patut teroka kemungkinan bina jambatan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Today Online .

Beliau bagaimanapun berkata pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak berminat meneruskan idea “jambatan bengkok” yang diilhamkan oleh perdana menteri keempat Dr Mahathir Mohamad.

Mahthir mengajukan cadangan itu selepas Singapura keberatan menggantikan tambak berusia 92 tahun itu.

Cadangan itu ditolak selepas pengganti Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menggantinya sebagai perdana menteri.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS