Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang pemimpin DAP menyatakan kekesalannya terhadap tindakan Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan parti itu sebagai “populis”.

Timbalan Setiausaha Agung DAP P Ramasamy juga berkata Chua jatuh ke dalam perangkap Umno dan mempolitikkan isu hudud.

Ramasamy turut berkata sekarang juga bukan masanya untuk kenyataan “tidak bertanggungjawab dan tidak matang” dikeluarkan, memandangkan pilihan raya kecil Permatang Pauh tidak lama lagi.

“Tetapi jika Tian (Chua) mahu jawab Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ( kanan ), beliau boleh berkata demikian bagi pihak PKR, tetapi beliau tiada hak untuk mengulas bagi pihak DAP,” kata timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu kepada Malaysiakini.

“Ini bukan masanya untuk buat komen sebegitu, lebih-lebih lagi apabila DAP berdiri teguh di belakang PKR, bukan ketika kita berdepan seluruh jentera BN di Permatang Pauh,” katanya.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan berlangsung pada 7 Mei. Undi awal pula dijadual pada 3 Mei.

Kempen pilihan raya akan bermula esok selepas penamaan calon.

Ramasamy mengulas komen Chua dalam Malay Mail Online yang memetiknya sebagai berkata PAS dan DAP “sama-sama bersalah mempopularkan isu hudud dengan menggunakan agama dan ketakutan untuk menarik penyokong”.

'Didik dengan program apa, Tian?

Chua juga dilaporkan berkata PKR sebaliknya mahu membantu umat Islam faham bahawa terdapat alternatif berdepan tanggungjawab dalam al-Quran dalam isu jenayah syariah.

PKR juga, kata Chua ( bawah ), memberitahu bukan Islam supaya tidak takut dan menyerang kembali orang Islam yang benar-benar percaya bahawa hudud bersifat adil dan diperintahkan.

Beliau juga dilapor memberitahu harian itu bahawa anggota PKR “demokrat dan bukan populis” serta golongan populis mengikut sentimen popular, bukan prinsip.

Ramasamy berkata Chua gagal memahami perjuangan DAP, walaupun dengan segala kekurangan, sentiasa menentang hudud.

Pada 2001, DAP keluar daripada Barisan Alternatif, gabungan pembangkang ketika itu, kerana tidak puas hari dengan perjuangan negara Islam PAS.

Tindakan itu berlaku menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

“Jika DAP populis, maka PKR oportunis.

“Mereka kata mahu mendidik orang Islam berkaitan alternatif kepada hudud, jadi apa programnya?” soalnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS