Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak asing lagi buat anggota Dewan Muslimat PAS di Permatang Pauh, sewaktu bertemu mereka semula sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil 7 Mei ini.

Kebanyakan mereka masih mengingati kerana lemah lembutnya pasangan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berbicara.

Jadi bila Dr Wan Azizah - yang mesri dipanggil Kak Wan - berjalan masik ke Dewan Yusof Ar Rawa di Sama gagah semalam sebahagian kempennya, sekumpulan Muslimat menghulurkan tangan mereka bersalaman dengan beliau.

Memakai baju kurung merah, dan bertudung putih, Wan Azizah yang bersemangat, bersalaman dengan wartawan, yang duduk di atas lantai dan secara berseloroh "undilah saya".

Seorang muslimat yang berada di sebelah seorang wartawan berbisik: "Kesian Kak Wan, berapa kali dia mesti bertahan macam ini?"

Anggota Muslimat itu merujuk Anwar yang kini dipenjara di Sungai Buloh kerana tuduhan liwat II menyebabkan Wan Azizah berdepan dengan kesukaran.

 

Ketua Umum PKR itu dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 dan dipenjara kali pertama dari 2001 hingga 2006 kerana menyalahgunakan kuasa berkaitan tuduhan liwat terhadapnya.

Beliau dihumban ke penjara lagi, berdepan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat dan terlucut kelayakan sebagai anggota parlimen apabila Wan Azizah gagal mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

Wan Azizah pernah mewakili Anwar di Permatang Pauh pada 1999 dan 2004 yang menyaksikan beliau menang dengan majoriti tipis 590 undi.

Beliau kini bertarung buat kali ketiga di samping berdepan dakwaan nepotisme oleh lawannya berkaitan pencalonannya sekaligus berdepan calon muda daripada BN Suhaimi Sabudin, 44 - 19 tahun lebih muda daripada Wan Azizah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS