Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PDRM tangkap 12 suspek pengganas
Diterbitkan:  Apr 26, 2015 7:46 PM
Dikemaskini: 12:41 PM

Polis Diraja Malaysia menahan 12 suspek lelaki tempatan dalam satu operasi di Hulu Langat, dan Cheras yang dipercayai sel anggota pengganas yang mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Islamic State (IS).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek berusia 17 hingga 41 tahun yang ditahan kerana disyaki sedang merancang untuk melancarkan serangan ke atas lokasi strategik dan berkepentingan kerajaan sekitar Lembah Klang.

"Rancangan untuk melancarkan serangan oleh anggota sel ini adalah sebagai menyahut seruan pemimpin kanan IS di Syria untuk melancarkan ke atas kepentingan negara Islam sekular yang didakwa sebagai musuh mereka.

"Dan sebagai tindak balas terhadap operasi penangkapan ke atas mereka yang disyaki terlibat atau mempunyai kaitan dengan IS oleh pihak PDRM," kata katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata operasi yang dilancarkan oleh bahagian Counter Terrorisme cawangan khas pada semalam dan hari ini juga berjaya membuat rampasan antaranya:

  • Lebih kurang 20kg serbuk dipercayai Ammonium Nitrate ;

 

  • Lebih kurang 20kg serbuk dipercayai Potassium Nitrate ;
  •  

  • Lebih kurang dua liter cecair dipercayai kerosin;
  •  

  • Dua unit remote control;
  •  

  • Alarm motor;
  •  

  • Pelbagai jenis wayar;
  •  

  • Empat bateri 9 volt;
  •  

  • Penimbang digital;
  •  

  • Dua biji penyukat;
  •  

  • Tiga batang paip PVC dan penutup;
  •  

  •  Bendera Islamic State; dan
  •  

  • Beberapa lagi peralatan dipercayai untuk digunakan bagi menghasilkan bahan letupan.
  • Lihat Komen
    ADS