Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tindakan disiplin pada ketua Pemuda PAS PP
Diterbitkan:  Apr 27, 2015 9:54 AM
Dikemaskini: 10:41 AM

Tindakan disiplin akan diambil terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah yang bertegas memboikot gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perkara itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat kerana ia bercanggah dengan pendirian jawatankuasa pusatnya untuk membantu PKR.

“Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh jawatankuasa Pusat PAS terhadap ketua pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat,” kata Mohamad.

Pemuda PAS Pulau Pinang semalam dilapor bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan di Permatang Pauh setelah Pemuda PKR (AMK) negeri masih tidak memohon maaf kerana didakwa memfitnah presiden mereka.

Mohd Yusni berkata tindakan itu akan diambil setelah tamat tempoh diberi sehingga kelmarin, lapor Bernama.

Justeru, katanya, Pemuda PAS negeri tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang tempoh berkempen.

Lihat Komen
ADS