Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Inilah sebenarnya ASEAN - Najib
Diterbitkan:  Apr 27, 2015 10:49 AM
Dikemaskini: 2:52 AM

Inilah ASEAN sebenarnya, ketika ini dan di sini, dengan proses pembinaan komuniti dan integrasi ekonomi disuburkan untuk menjadikan ASEAN yang inklusif, berani dan melihat ke depan untuk perkumpulan itu dan warganya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 di sini hari ini, menekankan tahun 2015 akan menjadi sejarah kejayaan ASEAN apabila visi mewujudkan komuniti tunggal menjadi kenyataan menjelang akhir tahun.

"Inilah ASEAN sebenarnya, ketika ini dan di sini. Marilah kita bekerja bersama-sama untuk memastikan apabila kita bercakap mengenai Alaf Asia, ia juga Alaf ASEAN," tegas Najib.

Beliau juga berkata semasa Malaysia memegang keistimewaan untuk mempengerusikan ASEAN pada tahun yang penting untuk organisasi itu, kumpulan serantau ini perlu meneruskan usaha untuk mewujudkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Beliau menegaskan bahawa sekarang adalah masa untuk blok 10 anggota itu mencari jalan supaya ASEAN menjadi dan dilihat lebih sepakat dalam politik.

"Pelabur antarabangsa sudah lama tertarik ke India dan China. ASEAN boleh dan wajar meletakkan dirinya sebagai 'kuasa ketiga' di rantau ini dan dengan kesepaduannya yang nampak dengan jelas, dapat membantu kita menjayakannya," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS