Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahamah Rayuan Syariah di Kuala Lumpur menerima penarikan diri ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar daripada mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharim dan dua lagi dalam kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam keputusan sebulat suara itu, hakim Datuk Mahammad Ibrahim menerima permohonan bertulis Zainul Rizal bertarikh 11 Oktober 2012.

Bagaimanapun beliau menetapkan Zainul Rijal dan Anwar membayar kos berkenaan.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Aidi Moktar dan Hussin Harun.

Pada 2011 Anwar memfailkan permohonan supaya Zainul Rijal ( gambar, kiri ) diketepian daripada mewakili Jamil Khir, bekas Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan bekas ketua pendakwa, Shamsuddin Hussein.

Menurut Anwar berlaku konflik kepentingan terhadap Zainul Rijal kerana peguam itu turut menjadi ahli MAIWP.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS