Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sering dilihat sebagai seorang isteri yang setia dan sentiasa berada di sisi suaminya.

Hari ini misalnya, Wan Azizah meninggalkan program yang diatur untuknya di Permatang Pauh untuk ke mahkamah syariah di Kuala Lumpur bagi mendengar permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika kempen di Permatang Pauh memasuki hari ketiga, Wan Azizah masih menyampaikan mesej daripada Anwar yang kini dipenjara di Sungai Buloh.

Walaupun ramai yang berkongsi kesedihan dengan beliau, sesetengah pihak berpendapat Wan Azizah sebenarnya tidak layak untuk menjadi ahi parlimen.

Seorang daripada mereka ialah Senator Chew Mei Fun yang menganggap pengundi kini mula menyedari telatah Wan Azizah.

"Rakyat perlu sedar apabila mereka memilih, tokoh itu perlu mesti mewaki rakyat dan bukan suami atau mana-mana ahli keluarga.

"Ia tidak adil," katanya selepas berucap di majlis makan malam anjuran MCA di Kubang Semang malam tadi.

Kata Chew, Wan Azizah mesti benar-benar faham apakah peranan sebenar seorang ahli parlimen.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS