Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wan Azizah: Chew tak memihak wanita?
Diterbitkan:  Apr 27, 2015 12:14 PM
Dikemaskini: 4:18 AM

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertikaikan pendirian Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun kerana tidak menyokong calon wanita seperti beliau yang bertanding di Permatang Pauh.

Kata Wan Azizah, sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen selama dua penggal dan menjadi wanita pertama dilantik sebagai ketua pembangkang di negara ini.

"Adakah dia (Chew) tidak mahu menyokong seorang wanita? Saya bertanding bukan semata-mata demi Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi untuk rakyat.

"Biarkan pengundi di Permatang Pauh memutuskan sama ada saya adalah calon terbaik untuk mewakili mereka," katanya.

Dalam ceramah malam tadi, Chew yang pernah bertanding menentang Wan Azizah dalam pilihan raya kecil Kajang sebelum ini mempertikaikan Presiden PKR itu kerana 'helah' yang dipamerkannya selama ini.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS