Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Anggota Dewan Udangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk Lee Khai Loon mendakwa beberapa orang petugas parti dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dipanggil untuk soal siasat oleh pihak polis atas sebab yang tidak diketahui.

Wakil rakyat PKR itu mendakwa seorang pemilik kedai kopi dan jirannya dipanggil polis selepas parti itu mengadakan ceramah di situ.

Polis juga, dakwanya, mencari beberapa pihak lagi.

“Sukarelawan kami dipanggil dengan panggilan meminta mereka ke balai polis untuk memberikan kenyataan,” kata Lee ( kiri ) ketika dihubungi.

“Sekarang ini masa berkempen, kita diberi kebenaran untuk buat ceramah atau jumpa pemilih di mana-mana, di tempat awam atau di kedai kopi,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pihak polis bagi mendapatkan komen mereka berhubung dakwaan itu.

Kempen untuk pilihan raya kecil itu kini memasuki hari ketiga. Empat orang berentap untuk merebut kerusi itu.

Pilihan raya itu ditetapkan pada 7 Mei dan pengundian awal empat hari sebelum itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS