Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Calon bebas Parlimen Permatang Pauh Salleh Ishak mendakwa, beliau disabotaj oleh pihak tertentu sehingga mencemarkan imejnya.

Salleh mendakwa, terdapat pihak mengedarkan biodatanya dengan meletakkan maklumat palsu menyebut beliau pernah bergiat dalam PKR cabang itu sebagai anggota jawatankuasa dan setiausaha.

"Imej saya telah tercalar sebagai calon bebas. Persoalannya apakah tujuan dan motif pihak tersebut bertindak demikian?" katanya di Kelab Golf Bertam, Kepala Batas.

Beliau yang ditemani isteri dalam sidang sidang media itu menegaskan hanya pernah menjadi ahli PAS dan Umno.

Ismail yang juga presiden Pertubuhan Bakti Ikhlas Malaysia (PERBAIK) berkata telah membuat laporan polis di balai polis Permatang Pauh semalam.

"Saya telah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut," katanya lagi.

pada sidang media tersebut, Salleh juga hanya mengehadkan tiga soalan kepada pemberita.

Malah, selepas sidang media, beliau juga bergegas pulang dan mengatakan "ada urusan lain" ketika pemberita cuba mengajukan soalan lanjut.

Pilihan raya kecil Parlimen itu pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR, BN, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon bebas.

Selain Salleh, calon PKR  Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail juga dicabar oleh Suhaimi Sabudin (BN) dan Azhar Shah Othman (PRM).

Pilihan raya itu diadakan apabila penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selepas disabitkan kesalahan meliwat.

Lihat Komen
ADS