Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

BN mendakwa kerajaan Pulau Pinang sengaja menunda sidang dewan undangan negeri bagi mengelak soalan kontroversi dikemukakan menjelang pilihan raya keci Permatang Pauh.

Ketua pembangkang yang juga ahli dewan undangan negeri Teluk Ayer Tawar Datuk Jahara Hamid berkata BN tidak boleh menerima pertukaran tarikh sidang berkenaan.

Katanya, dia bercadang mengemukakan usul memotong gaji ketua menteri dan ahli mesyuarat kerajaan negeri kerana gagal berkhidmat untuk kepentingan rakyat.

Jahara berkata kerajaan negeri sering melaung-laungkan dasar kecekapan, pertanggungjawaban dan ketelusan dalam dasarnya.

"Namun penundaan sidang dewan undangan negeri mendedahkan kelemahan pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Tidak ada keeckapan dan pertanggungjawaban tetapi hanya agenda politik peribadi," katanya di sidang media di Permatang Pauh hari ini.

Semalam Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri itu sidang dewan undangan negeri dipinda tarikhnya semata-mata untuk pilihan raya kecil.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS