Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN: Tangani segera kes serangan buaya
Diterbitkan:  Apr 27, 2015 9:39 PM
Dikemaskini: 1:43 PM

Seorang ADUN mahu pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan bagi menangani insiden serangan buaya ganas yang membaham manusia di Sungai Rimbas, Debak dalam Bahagian Betong.

Mohammad Razi Sitam (BN-Saribas) berkata sejak 2013, tiga kes maut dibaham buaya dilaporkan di sungai itu.

"Kes terbaru berlaku pada 15 April lepas apabila mangsa Bob bin Denok, 51, dari Kampung Babu Hilir Debak maut diserang buaya ketika memetik buah tidak jauh dari jambatan di sungai tersebut.

"Sebelum itu, pada 3 Okt, 2013, seekor buaya membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, Amir Asraf Bujang dari Kampung Melayu Dit," katanya ketika berucap pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Beliau berkata selepas itu pada 30 Sept, 2014, seorang penduduk kampung,  Mustapa Bunsu, 50, dari Kampung Tuie juga maut dibaham buaya.

"Tindakan serius harus diambil oleh Jabatan Perhutanan Sarawak, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan pihak berkuasa lain yang berkaitan bagi menangani insiden ini.

"Saya mewakili rakyat dan keluarga mangsa di Sungai Rimbas supaya tindakan drastik diambil bagi menghentikan serangan buaya ganas ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS