Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden MCA Datin Chew Mei Fun menafikan dia merujuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai "suri rumah" dalam kenyataan dibuat semalam.

Bagaimanapun, Chew mengakui pengundi di Permatang Pauh "bosan" dengan penampian calon pilihan raya kecil Permatang Pauh itu yang nampaknya lebih mementingkan keluarga berbanding kawasan diwakili.

Kata Chew, wakil rakyat DAP dan PKR yang menyerangnya ekoran laporan Malaysiakini semalam perlu meminta maaf kepadanya, MCA dan semua wanita.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah menyebut atau membayangkan, atau mempunyai niat merujuk calon PKR sebagai suri rumah atau helah suri rumah seperti dilaporkan.

"Tanggapan itu dikemukakan Malaysiakini dan tidak ada kena mengena dengan saya," katanya kepada media hari ini.

Laporan portal berita semalam yang memetik Chew merujuk Wan Azizah sebagai suri rumah didakwa meyebabkan Pengerusi Perhubunan MCA Pulau Pinang itu dikecam pelbagai pihak, selain 'diburu' media untuk mendapatkan penjelasan.

Pada masa sama, Chew mendakwa dia menjadi bahan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat yang berceramah di Permatang Pauh.

Sesetengah daripada mereka dilaporkan mendesak Chew meminta maaf kepada semua suri rumah kerana mengaitkan status itu dengan kemampuan Wan Azizah sebagai ahli parlimen.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS