Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid, anda percaya pari-pari?
Diterbitkan:  Apr 28, 2015 11:34 AM
Dikemaskini: 4:43 AM

Jika anda membuat carian di Internet mengenai fairy tale (kisah pari-pari) ada dua definisi yang dipaparkan.

Pertama, sebuah cerita biasanya untuk kanak-kanak mengenai bunian atau makhluk halus.

Kedua, ia biasanya merujuk kepada "kenyataan atau kepercayaan yang luar biasa atau mengelirukan."

Kedua-dua definisi itu boleh menggambarkan saranan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menamakan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perdana menteri baru.

“...Saya percaya jika Dr Mahathir mahu pemimpin yang lebih baik dan bertanggungjawab untuk Umno pada masa depan - dan ketika yang sama menamatkan korupsi sistematik serta meningkatkan kualiti institusi awam - pemilihan pengganti (perdana menteri) tidak lain adalah Tengku Razaleigh Hamzah," katanya.

Hakikatnya, kenyataan Zaid yang meletakkan nama Dr Mahathir dalam ayat sama dengan "pemimpin lebih baik dan bertanggungjawab" serta "menamatkan korupsi sistematik" sangat mengejutkan.

Mungkin bekas menteri itu seorang tokoh romantik yang kekal percaya seekor katak masih  boleh bertukar menjadi putera raja yang kacak apabila dicium.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS