Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
iPhone lebih dijual di China berbanding AS

Apple Inc melaporkan lonjakan keuntungan semalam susulan permintaan pesat telefon pintar iPhone model terkini dan kejayaan menembusi pasaran China.

Keuntungan meningkat 33 peratus dalam tempoh Januari-Mac berbanding suku tahun pertama tahun sebelumnya kepada AS$13.6 bilion.

Hasil pula meningkat 27 peratus kepada AS58 bilion, kata Apple.

Jumlah jualan iPhones naik sehingga 40 peratus kepada 61.2 juta unit di seluruh dunia.

Apple menaikkan sasaran untuk tahun ini selaras dengan populariti model baru iPhone 6 dan keyakinan mereka kepada jam pintar Apple Watch yang memasuki pasaran minggu lalu.

- dpa

Lihat Komen
ADS