Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Datuk' kontroversi sepentas dengan ahli politik

“Datuk kontroversi” Tay Kim Leng mungkin pelarian yang dikehendaki pihak berkausa Thailand tetapi itu tidak menghalang dia bergerak bebas di Malaysia.

Walaupun waran dikeluarkan di negara itu, individu mengaku “datuk” itu, berjaya tampil sepentas dengan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat dan exco kerajaan Selangor V Ganabatirau di negara ini.

Polis Thai menganggarkan, syarikat transaksi atas talian Ufun Group Bhd Ltd melalui skim pemasaran bertingkat dan matawang digital Utoken, telah memperdaya 120,000 orang, melibatkan kira-kira RM4.1 bilion (38 bilion baht), lapor Bangkok Post.

Utoken dikatakan boleh diguna untuk membeli barangan dan perkhidmatan.

Kegiatan Ufun di Thailand itu menimbulkan kebimbangan aktiviti itu merebak ke Malaysia.

Di Malaysia, Ufun terlibat membuat derma besar kepada badan kebajikan.

'Saya tak kenal dia'

Tay menjadi speaker dalam pelancaran projek pembangunan Gateway Klang yang dirasmikan oleh Ganabatirau Ahad lalu.

Hari berikutnya, Tay mengetengahkan cek dalam acara di Genting Highlands yang Ong turut hadir.

Ketika dihubungi, Ganabatirau dan Ong menyuarakan rasa terkejut masing-masing.

“Saya diundang oleh pemaju kerana projek Klang Gateway dalam kawasan saya dan mereka derma dana untuk masyarakat setempat,” kata Ganabatirau, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri DAP di Kota Alam Shah.

“Saya tak kenal siapa Danial Tay,” tegasnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini , Ong berkata: “Saya diundang, antara lain penerima sumbangan kebajikan.

"Kamu boleh semak ucapan disampaikan bagi pihak penerima; tiada kaitan dengan Ufun dan Utoken.”

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS