Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Junjung kebebasan media demi kerusi di Unesco'
Diterbitkan:  May 3, 2015 2:00 PM
Dikemaskini: 6:12 AM

Jika kerajaan berhasrat untuk menduduki jawatan dalam lembaga eksekutif Unesco, maka kerajaan perlu menunjukkan keikhlasan merayakan hari kebebasan media, kata ketua menteri Pulau Pinang.

Dalam kenyataanya, Lim Guan Eng berkata bersempena dengan sambutan hari kebebasan media hari ini, kerajaan mesti menjunjung nilai dan prinsip kebebasan media sekaligus memperbaiki kedudukannya.

"Bulan lepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melawat ibu pejabat UNESCO di Paris untuk melobi jawatan dalam lembaga eksekutifnya bagi 2015-2019.

"Namun pada masa yang sama kerajaan Malaysia enggan menyambut Hari Kebebasan Media yang diraikan oleh Unesco dengan memberikan anugerah UNESCO/Guillermo Cano World Press Freedom Prize kepada ‘individu, organisasi atau instusi yang telah memberikan sumbangan cemerlang kepada usaha mempertahan dan/atau memupuk kebebasan akhbar di mana-mana di dunia’," kata.

Lim berkata jika Malaysia benar-benar mahu menjunjung tanggungjawab sebagai anggota badan dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu, mereka perlu menunaikan beberapa komitmen termasuk memansuhkan Akta Hasutan  yang dijanjikan oleh Najib sebanyak tiga kali sebelum ini.

Setiausaha agung DAP itu juga berkata pengukuhan akta itu serta tindakan tidak memansuhkannya seperti yang dijanjikan, meletakkan hak dan kebebasan asas memberi pendapat serta kebebasan media berada dalam keadaan bahaya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS