Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan aktivis sosial Hishamuddin Rais dibebaskan dengan jaminan polis awal pagi ini.

Mereka ditahan semalam berhubung perhimpunan anti-GST yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ketika dihubungi Malaysiakini , Rafizi berkata beliau ditahan pada sebelah pagi semalam tetapi kenyataanya diambil menjelang tengah malam.

Sewaktu merakamkan kenyataanya, beliau diminta untuk mengenalpasti penganjur perhimpunan itu, kandungan ucapan dan tujuan menyertai himpunan itu sewaktu . Beliau kemudiannya dibebaskan bersama Hishamuddin kira-kira jam 1 pagi tadi.

Sementara itu, anggota parlimen Batu Tian Chua yang ditahan di Pulau Pinang malam tadi, dibebaskan dari ibu pejabat polis Dang Wangi jam 9.30 malam ini dengan jaminan polis.

Sebelum itu, Peguamnya, Michelle Yesudas berkata polis tidak akan mereman beliau dan naib presiden PKR itu akan dibebaskan selepas kenyataan beliau diambil.

Beliau disiasat bawah seksyen  4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan haram.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS