Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ismail Sabri 'sedih' kritikan Umno, MCA
Diterbitkan:  May 4, 2015 12:24 PM
Dikemaskini: 6:04 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri berkata beliau "sedih" kerana ada anggota Umno dan MCA yang mengkritik polisi beliau tidak membantu rakyat daripada pembangkang.

Dalam tulisan beliau dalam Facabook nya, Ismail berkata kenyataannya telah diputarbelit dan menuduh kerajaan Pulau Pinang yang diketuai DAP yang menyisihkan rakyat di kawasan yang diwakili BN.

"Yang laporkan ucapan saya tersebut adalah (The) Malaysian Insider, yang tentukan saja akan spin (putarbelit). Maka melompatlah pemimpin pembangkang termasuk (Ketua Menteri) Lim Guan Eng serang saya atas alasan diskriminasi kepartian.

"Tapi yang sedihnya MCA (sebagai) komponen BN pun seperti DAP, serang saya. Tambah menyedihkan, ramai di kalangan penyokong-penyokong Umno dalam media sosial pun serang saya.

"Kita seolah-olah bersetuju yang DAP di Pulau Pinang tidak mengamalkan diskriminasi kepartian," tulis Ismail Sabri.

Ismail Sabri yang juga MP Bera mendakwa DAP 'menganaktirikan' ADUN BN dan kawasan yang diwakili mereka dan tidak meluluskan permohonan wakil rakyat Umno itu untuk rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu juga mendakwa kerajaan Pulau Pinang menolak permohonan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang dan JKP Sd Bhd untuk membina 10,000 rumah mampu milik kerana agensi itu terletak bawah kerajaan pusat.

Antara projek kerajaan persekutuan lain yang didakwa turut terkesan termasuk permohonan mewujudkan beberapa pasar tani oleh FAMA dan kenaikan sewa tapak pasar pagi anjuran koperasi usahawan TEKUN dari RM300 kepada RM3,000.

"Jadi janganlah mudah terperangkap dengan Lim Guan Eng dan DAP yang berlagak malaikat yang menyebabkan MCA dan beberapa yang lain terperangkap dengan serang saya, seolah-olah pemimpin-pemimpin Umno ni yang jahat kerana mengamalkan diskriminasi kepartian.

"Sebenarnya Lim Guan Eng dan  DAPlah yang mengamalkan diskriminasi kepartian selama ini. Kepada MCA dan lain-lain... Lim Guan dan DAP lah yang perlu diserang," katanya.

Lihat Komen
ADS