Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dua belas petugas awam dan seorang wartawan terkorban ketika gempa bumi yang kuat melanda Nepal pada 25 April lalu.

    

Bola Prasad Pokhrel, pengerusi Persatuan Kakitangan Awam Nepal (NCSA), berkata kakitangan awam itu terbunuh ketika menjalankan tugas.

    

Mereka termasuk dari kalangan peringkat rendah seperti penghantar surat hingga ke peringkat pegawai.  

    

Turut terbunuh, wartawan sukan yang bertugas dengan harian kebangsaan berbahasa Nepal 'Gorkhapatra'.

    

Sunman Prasad Bhomjon terbunuh dalam runtuhan rumahnya.    

    

Mayat Bhomjon hanya ditemui empat hari selepas gempa bumi, menurut kenyataan Persekutuan Wartawan Nepal (FNJ).  

    

Mayat Bhomjon diserahkan kepada anggota keluarganya dan pembakaran mayat diuruskan di kampungnya, Makwanpur pada Ahad.  

    

Sehingga Isnin, 7,276 mayat telah ditemui.   

    

Sejak gempa, lebih 620 gegaran telah direkodkan di Kathmandu dan daerah sekitar.

    

-Bernama

Lihat Komen
ADS