Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ROMPIN Hari ini pemilik kerusi parlimen Rompin akan ditentukan apabila kira-kira 52,700 pengundi dibenar membuat pilihan masing-masing apabila pusat pembuangan undi dibuka mulai 8 pagi tadi.

Pilihan raya kecil itu adalah yang ke-10 diadakan sejak pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.

Ia dijalankan apabila penyandangnya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis terbunuh dalam kemalangan helikopter pada 4 April.

Mengikut senarai daftar rasmi, ada 52,744 orang pengundi berdaftar di bawah parlimen Rompin.

Khamis lalu seramai 464 daripada 545 pengundi awal - atau 85.1 peratus - menunaikan tanggungjawab masing-masing. Ada lima pegundi tidak hadir dalam pilihan raya kecil kali ini.

Parlimen Rompin merangkumi tiga kerusi dewan undangan negeri iaitu Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman. Suruhanjaya Pilihan Raya membuka sebanya 38 pusat pengundian kali ini.

Secara pecahan kaum, 87 peratus pengundi di Rompin ialah Melayu, dua peratus Cina dan sembilan peratus lain-lain.

Kerusi Rompin memang kubu kuat BN.

Dalam lima PRU terdahulu, BN mengalahkan PAS dengan majoriti lebih 6,000 undi, malah pada 2013 Jamaluddin mengatasi bekas Ketua Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan 15,114 undi atau peningkatan 10,679 undi berbanding PRI 2008.

Kali ini persaingan satu lawan satu berlaku antara calon BN yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, Hasan Arifin, 62, ( gambar, atas ) dan Ketua Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad, 40.

Dengan pengalamannya sebagai bekas ahli dewan undangan negeri Bukit Ibam dan Tioman, Hasan mempunyai banyak kelebihan berbanding Nazri ( kiri ).

Bagaiamanapun Nazri - sebagai generasi kedua Felda - turut mempunyai kelebihan.

Dalam parlimen Rompin ada 14 petempatan Felda dan melalui kempennya Nazri berjanji untuk memperjuangkan nasib penduduk di situ.

Lebih daripada separuh pengundi di Rompin adalah peserta Felda.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS