Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Husam dicalon no 1, no 2, no 3 PAS
Diterbitkan:  May 5, 2015 12:34 PM
Dikemaskini: 5:51 AM

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa kini layak bertanding tiga jawatan tertinggi dalam PAS selepas pencalonan kawasan ditutup Khamis lalu.

Walaupun masih berteka-teki, Husam kini layak bertanding jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden – jawatan disandangnya sekarang.

Menurut peraturan pemilihan, beliau boleh bertanding semua jawatan itu secara sekali gus, walaupun daripada sudut strategi dianggap tidak bijak.

Sementara itu, dalam pengumuman rasmi jawatankuasa pemilihan PAS hari ini, tidak banyak yang berubah, kecuali penambahan Husam sebagai calon layak untuk jawatan timbalan presiden.

U ntuk jawatan naib presiden pula, angka terkini menunjukkan 12 orang layak bertanding, termasuk dua nama baru iaitu anggota jawatankuasa pusat Dr Dz ulkifl y A hmad dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad.

Jawatankuasa pemilihan PAS tidak mengumumkan jumlah pencalonan diterima walaupun tidak menghalang calon memaklumkan perkara itu.

PRESIDEN

(4 dicalon, hanya 3 layak)

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (penyandang)

Ahmad Awang

Datuk Husam Musa

TIMBALAN PRESIDEN

(5 dicalon, hanya 4 layak)

Mohamad Sabu (penyandang)

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

Datuk Husam Musa

NAIB PRESIDEN

(17 calon, hanya 12 layak )

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (penyandang)

Datuk Husam Musa (penyandang)

Salahuddin Ayub

(penyandang)

Datuk Mahfuz Omar

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

Idris Ahmad

Nasrudin Hassan

Mujahid Yusof Rawa

Datuk Iskandar Samad

Mohamad Noor Mohamad

Mohamad Sabu

Dr Dzulkefly Ahmad

Lihat Komen
ADS