Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selepas seminggu ditahan, bekas model yang bertindak menayangkang payudaranya di tempat awam apabila gagal membayar hidangan nasi ayam, dibebaskan mahkamah majistret hari ini selepas abangnya membayar wang ikatjamin RM7,000.

Persana Avril Sollunda, 32, dibenarkan keluar selepas abangnya membayar wang ikat jamin.

Ketika meninggalkan bangunan mahkamah, wanita berasal dari Tuaran, Sabah itu menjadi tumpuan media massa.

Dia ditahan selama seminggu selepas gagal membayar ikatjamin selepas mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke mahkamah.

Persana ditangkap ekoran tindakannya menanggalkan baju serta coli apabila bertengkar dengan pengendali gerai makanan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur kira-kira jam 2 petang pada 23 April lalu.

Pagi tadi Persana dibawa ke mahkamah majistret dan mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya.

Jika disabitkan kesalahan, Persana boleh dihukum penjara sehingga tiba bulan, denda atau kedua-duanya.

Muhammad Nor Izzat Nordin bertindak sebagai peguam Persana.

Majistret kemudian menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Lihat Komen
ADS